01 Januari 2010

Mesyuarat Guru Kali Pertama Sekolah sesi 2010.

Pada 31 Disember 2009, Mesyuarat Guru Kali Pertama sesi 2010, SK Bandar Baru Batang Kali telah diadakan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Hajah Khairani bt. Abu Bakar, Guru Besar SK Bandar Baru Batang Kali, bertempat di Bilik Mesyuarat.

27 Disember 2009

Bercuti di Gambang, Pahang.

Kolam mandi dewasa.
Santai sambil mandi di kolam kanak-kanak.

Air pancut kanak-kanak.

Mahal senyum.

Sebahagian kawasan yang masih belum diterokai.

Anjung hadapan.

Bilik utama.

Meja makan.


Pada 23 Disember 2009, aku berkesempatan bercuti di Bukit Gambang, Kuantan , Pahang.










17 Disember 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431.......

Bercuti di Hotel Puteri. Ayer Keroh, Melaka.

Bertempat di Hotel Puteri, Ayer Keroh, Melaka, aku berkesempatan bercuti sempena cuti sekolah tahun ini.

29 November 2009

Mesyuarat di Hotel Everly, Melaka.

kamar mandi....
cermin diri....

tempat minum di ruang tamu....
ruang tamu....

kamar tidur utama...

kolam renang.....

pandangan sayap kiri hotel.....






Pada 12 - 13 November 2009, aku bermesyuarat di Hotel Everly, Tanjung Kling, Melaka. Aku tak la begitu sukar untuk menuju ke destinasi. Selepas susur keluar tol Simpang Empat, aku menuju ke Tanjung Kling melalui lebuhraya AMJ. Setelah 20 km, aku menyusur ke lebuhraya ke .........

















Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Syok juga tahun ini, aku dapat melapah lembu sekali lagi. Surau kat umah, 2 ekor lembu korban. Bab sembeleh aku kurang minat sikit. Tapi bab melapah memang aku suka. Kena ingat la juga, pisau kena tajam. Jika tak tajam, kena asah le pulak selalu.

Esoknya pula (Sabtu), surau kat umah mertua aku la pulak. Aku jadi tukang melapah dan timbang. Penat la juga. Almaklum 13 ekor lembu setiap seekor dagingnya hampir 70 kg. Hampir sampai waktu zohor la juga. Penat tu memang le penat tapi seronok dapat pengalaman. Lepas solat zohor, acara makan nasi dengan sup tulang korban. Ok juga la.

Abang ipar aku (Osman) beri aku kepala lembu. Mak oooo. Nak buat apa ni? Nak tak nak, aku juga yang kena buat. Dapat banyak gak daging. Hampir 3 kg. Dapat juga otak dan lidah. Nak buat masak apa, akak ngah aku yang masak. Aku makan je.....

12 November 2009

Mesyuarat Pemantapan Pemetaan Mata Pelajaran Geografi dan Alam Sekitar.

GC Geografi.
Urusetia mesyuarat.

Antara peserta mesyuarat.

Saya telah mengikuti mesyuarat pementapan pemetaan mata pelajaran geografi dan pendidikan alam sekitar yang diadakan di Hotel Everly, Tanjung Kling, Melaka. Mesyuarat bermula pada 11 -13 November 2009. Mesyuarat ini bertujuan membina sukatan kurikulum baru (KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah).

Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan pertama (aku la ketuanya) - tahun 2-3, kumpulan kedua - tahun 4 -6, Kumpulan ketiga - Tingkatan 2 -3 dan kumpulan keempat - tingkatan 4 dan 5. Mesyuarat ini telah mendedahkan peserta pentingnya mata pelajaran Geografi dan Pendidikan Alam Sekitar untuk membina generasi akan datang.